Friday, February 27, 2009

Ya Allah...Jangan Kau letakkan Dunia di Hati Ku.




Assalamualaikum. Selawat dan salam kebesaran kepada junjugan besar nabi Muhammad SWA, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan Kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi nafas kepada diri ini untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara. Kehidupan ini tidak bererti walau sedikitpun jika tiada iman terhadap Allah SWT dan tidak bererti walau sedikitpun jika tidak menjadikan islam sebagai cara hidupnya. Allhamdulillah...Alhamdullillah kerana Allah SWT masih lagi memberi nikmat iman dan islam kepada kita.
Hari semakin hari, umur kita akan bertambah, marhalah-marhalah kehidupan akan terus berubah dan berbeza-beza. Marhalah yang akan mematangkan diri kita tentang erti kehidupan. Dalam melayari kehidupan ini, kita semakin memahami bahawa pasti akan ada kekosongan dalam kehidupan jika kita tidak mengarahkan segala kehidupan ini kepada islam. Kita melihat ramai orang yang mempunyai jawatan-jawatan yang tinggi. Tetapi jawatan-jawatan itu tidak membahagiakan mereka, tetapi menambahkan lagi kerungsingan mereka tentang jawatan dan harta mereka. Takut-takut di ambil dan di rampas orang, kita juga lihat, ramai orang yang mempunyai isteri-isteri yang cantik, tetapi mereka juga tidak bahagia...asyik mencari yang lebih cantik dan lebih baik lagi. Kita pasti bahawa semua itu tidak akan membawa kebahagian untuk kehidupan ini, tapi....macam mana nak dapat kebahagian ek, kalau bukan dengan perkara-perkara tersebut. Dalam kehidupan ini, manusia di bahagikan kepada tiga golongan, yang pertama adalah golongan manusia yang hanya hidup untuk dunia, mereka menghalakan semua kehidupan dalam mengejar dunia ini, mencari dan terus mencari sehingga mengabaikan pencarian untuk bekalan di akhirat...sehingga akhirnya menemui Allah dalam kemurkaan.



Al-Jaatsiyah:24

Golongan kedua adalah golongan yang sesat di antara dunia dan akhirat, akidah mereka sesat dan bergelora dalam melayari kehidupan ini. Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan tetapi kebaikan yang mereka lakukan bercampur aduk antara jahiliah dan juga islam. Keimanan meraka kepada Allah SWT hanyalah seperti kulit sahaja. Boleh di cabut sewenagnya, bila-bila masa. Kita mengharapkan kita tidak tergolong dalam golongan ini. Kita tidak mahu menjadi seperti apa yang di sebut Allah dalam surah Muhammad :12.Kehidupan mereka seperti binatang, hanya unutk makan dan minum sahaja.


Muhammad :12



Golongan ketiga adalah golongan yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat, merakalah golongan yang mengarahkan kehidupan mereka semata-semata untuk meraih keredhaan Allah SWT. Mereka bekerja, mereka berkahwin, mereka bersahabat dan segala aktiviti kehidupan mereka di arahkan unutuk mencapai keredhaan Allah SWT, ini kunci kepada mencari kebahagian di dunia ini, dan yang paling penting adalah kebahagian di akhirat sana. Mereka mengatahui erti dunia berbanding akhirat:


Al-An’aam:32

Orang-orang yang benar dan ikhlas dalam beramal, melihat dunia hanyalah sebagai jambatan untuk menuju akhirat. Dia tidak akan lebih-lebih mencari dunia sehingga melupakan akhirat dan tidak akan meninggalkan terus dunia semata-mata hendak mengejar akhirat, bagaimana nak sampai ke akhirat jika penghububug antaranya tiada. Maka, jadilah kita golongan ketiga ini. Selalulah ingat wahai diriku, bahawa dunia ini hanya sementara sahaja, hanya akhirat yang menjadi tujuan terakhirmu...jangan kerana dunia jiwamu merasa sempit. Ya Allah. Jangan kau letakkan dunia di hati kami, tetapi letaklah ia di tangan kami unutk mudah kami membelepaskannya jika ia menghalang kami unttuk mencapai redhaMu. Amin

KEHIDUPAN (IN_TEAM DAN RAIHAN)

Wallahhua’lam.

No comments: