Thursday, February 19, 2009

Oh rinduNya kami pad Khalifah Islam...

Pembacaan dari laman web ustad hasrizal (saifulislam.com) malam ini amat menyentuh hati, rasa riNdu yang amat sangat menusuk hati ini. rindu sangat pada zaman kekuasaan Khalifah di mana ISLAM memerintah dunia....Rasa nak menitis air mata apabila membaca kisah yang di tulis oleh ustad tentang saat-saat Khalifah hendak dijatuhkan, YA ALLAH...MENANGKAN LAH ISLAM KEMBALI YA ALLAH. Kita menyedari bahawa islam pasti akan menang dan akan di tegakkan kembali....tapi dengan usaha dari pengganutnya...usaha yang terus menerus dan tampa kenal erti jemu untuk kembalikan semua manusia kepada ajaran Al-Quran dan sunnah RasuLullah SAW. Ana suka untuk meletakkan lirik lagu dan dan vidio yang di nyayikan oleh Ustad Hasrizal ini untuk menaikkan semangat dakwah dan jihad bagi menegakkan kembali islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya islam memerintah kembali dunia. Amin.




(Kredit Untuk www.saifulislam.com)

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengar bisikan di pusaramu
“Ya Muslimi al-Aalam, Ittahidu!”�
(Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Di sisi persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang

Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
Kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama
Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
Islam dan al-Quran diperhina terpenjara

Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia

Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
‘Islam Baru’ yang dicipta
Jauh dari Tuhannya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya
Langit tidak akan mendung selamanya

Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya



Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

1 comment:

[Ab.ngah] said...

rindunya...

Walau pedih jalannya, akan kudapatkan rindu itu..

WA.