
“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan…”
Pengutusan baginda bertujuan nuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan manusia sesama manusia kepada penyembahan manusia hanya kepada Allah swt dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah kepada kecerahan cahaya islam.
Maka bagi jiwa-jiwa yang merindui baginda, maka Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan bagindalah yang menjadi pengubat bagi jiwa-jiwa perindu itu, tiada lain yang ditinggalkan baginda untuk ummat ini, selain daripada Al-Quran dan As- Sunnah, maka barangsiapa yang berpegang kepada kedua-dua ini, ia tidak akan tersesat untuk selama-lamanya. Rasulullah tidak mengharap untuk kita menyambut hari kelahiran baginda dengan mengadakan majlis yang gilang kemilang untuk mengigati beliau hanya untuk seketika itu sahaja, baginda menuntut ummatnya untuk mengigati baginda dalam setiap detik kehidupan dengan cara berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Baginda. Allah swt berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 21:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
Tidak cukup setakat itu, bagi jiwa-jiwa yang amat mencintai baginda juga. Jiwa itu mestilah juga mencintai tugas baginda dan tujuan baginda di utuskan untuk ummat manusia. Tugas itu hayalah satu, iaitu untuk mengajak manusia untuk menyembah hanya kepada Allah swt. Begitu sayu bagi jiwa-jiwa perindu, apabila membaca dan mendengar kisah penderitaan baginda dalam menyebarkan dakwah ini kepada manusia...Berkata Abdullah bin umar: ketika Nabi saw sedang sujud di sekitar beberapa orang Qraisy, tiba-tiba Ubah bin Abi Mu’ith datang dengan membawa kotoran binatang, lalu melemparkannya ke atas punggung baginda. Beliau tidak mengangkat kepalanya sehinggalah datang Fatimah ra membesihkannya dan melaknati orang yang melakukan perbuatan keji itu. Begitu banyak dugaan dan penyikasaan yang di hadapi oleh baginda saw, baginda seringkali di hinakan oleh musuh-musuh Allah swt begitu jugalah yang d hadapi oleh para sahabat dan penerus tugas baginda. Sesungguh, barang siapa yang mengatakan ia mencintai baginda, maka sudah sepatutnya dia juga mencintai tugas yang diamanahkan kepada baginda, iaitu dakwah ilallah. Dan semestinya, barangsiapa yang ingin mengikuti jalan ini, ia tidak akan dijanjikan kesenangan dan kemewahan kehidupan di dunia ini tetapi apa yang akan dihadapinya adalan ujian demi ujian. Sehinggalah terbukti, siapakah yang benar-benar beriman dan benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya melebehi segala-galanya sehinggalah ia menunaikan janjinya untuk betemu Allah dalam redhanya.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya)” (Al-Ahzab 33)
Ayuh ke medan amal menunaikan tuntutan cinta kepada apa yang kita cintai.
No comments:
Post a Comment