.jpg)
Maksudnya: “Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (surah Al-Anfal-63)
Allhamdullilah , Allah SWT masih memberikan ruang waktu untuk menulis dan berkongsi sesuatu di dalam blog ini, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan nikmat untuk meneruskan kehidupan dengan beriman kepada Allah SWT dan masih berada dalam nikmat ISLAM . terlalu banyak rasanya nikmat Allah SWT yang telah di anugerahkan dalam kehidupan kita, tetapi nikmat yang paling besar yang kita rasai adalah nikmat Iman dan Islam, nikmat-nikamat yang tidak mungkin kita untuk memungkiri. Allah swt berfirman dalam surah Ar-Rahman :

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? “
Dalam menempuh kehidupan di atas muka bumi Allah ini, kita mestilah mengatahui status kehidupan kita, kita mesti menyedari untuk apa kita diciptakan di atas muka bumi ini, apabila kita mengenali diri kita, barulah kita akan mengatahui siapa kita dan apa peranan kita. Allah berfirman di dalam surah Adz Dzaariyaat (56); “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” . seorang Hamba mestilah ada Tuannya, maka semestilah seorang hamba menyedari status dirinya dan mematuhi arahan tuannya. Begitulah seumpama kita dengan Allah sebagai Tuan kita. Sedikit peringatan untuk kita bersama .
REHLAH INTEC
Alhamdulillah...ikhwah-ikwah di International Education Centre (INTEC), UiTM shah Alam telah melakukan REHLAH bagi menyambut pelajar baru di INTEC untuk mengikat hati—hati mereka sebelum di bawa masuk ke dalam system usrah. Budak-budak ini adalah lepasan dari sekolah MRSM dari seluruh Negara dan merupakan di kalangan mereka yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran keluar Negara, INTEC adalah sebuah tempat persediaan untuk mereka melanjutkan pelajaran ke luar Negara, macam metrikulasilah.
REHLAH OH REHLAH... TINGGAL KAN KENANGAN INDAH SEBELUM SEBELUM HATI SENAG DITARBIAH...
Antara perkara penting sebelum kita bawa orang untuk mengenal islam, adalah kita mestilah mengikat dan menawan hati mereka dahulu, supaya mereka akan lebih rapat dengan kita dan mudah untuk di bawa dan ditarbiah. Itulah agenda Rehlah kami, mari kita ingat kembali marhalah-marhalah dakwah yang mesti kita lalui dalam mentarbiah manusia....yang pertama adalah marhalah taa’rif atau mudah handak cerita adalah marhalah propaganda dan memperkenalkan fikrah kepada setiap lapisan masyarakat, selepas itu, apabila sudah bersedia, mereka akan di bawa ke marhalah kedua iaitu marhalah takwin iaitu marhalah pembentukan, membentuk mereka yang berminat dengan fikrah islam....dan marhalah seterusnya membawa mereka ke marhalah tanfis, iaitu marhalah siap unutk beramal....
Jom kita tengok apa yang kami buat untuk mengikat hati-hati kami dengan adik-adik....he he.
HAI-HARI INDAH BERUKHUWAH
Ana tak pandai sangat nak cerita...kita tengok gambar jelah
.jpg)
MASAK-MASAK...GULAI AYAM CAMPUR JAGUNG....MACAM MASAK KAWAH PULAK...BANYAK SANGAT TANGAN YANG MENGACAU, siap guna pisau lagi tu...

BAKAL-BAKAL DOKTOR YANG AKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE RUSIA...SELAMAT BERKENALAN ADIK-ADIK

Kami sarapan pagi dengan Roti canai..masa ni lah ambil peluang untuk borak-borak, kenal-mengenal. baru tahu...ohhh satu kampung kena ke..

Berjalan bersama-sama untuk ke lokasi seterusnya, kami akan ke surau untuk solat Dhuha dan meneruskan aktiviti yang telah di rancangkan.. setelah selesai solat dhuha, kami meneruskan aktiviti pertama iaitu TIRAI UKHUWAAH, di sinilah nak test hasil awal perkenalan tak di, ingat ke tak ingat...

Di orang ni semua high level mind semua...sekejap je dah boleh hafal nama. kita yang tua ni jugak yang susah nak hafal...
Aktiviti seterusnya adalah mandi kolam....ini lah waktu yang ditunggu-tunggu oleh adik-adik. kami mula dengan warming cool dahulu. dah sejuk sikit, baru kami mulakan dengan aktiviti pertama iaitu...main ZUFFF dan TANG, memang menguji minda untuk cepat bertindak, kalau tidak kita terkeluar, asyik gelak...sakit perut di buatnya..antara permainan lain adalah ragbi air dan jugak bola air. baru dapat mencairkan AIS dengan se cair cairnya...ehhhh.

Antara yang masih bertahan...

Ragbi air dan bola air...betul-betul ganas.
SESI BERGAMBAR DI BAWAH AIR....Seronok.



Kami berharap, dengan rehlah yang di buat ini akan menambatkan hati-hati kami semua. dan seterunya dapat menarik adik-adik dan mengajak mereka memahami erti ISLAM yang sebenarnya....HARAPAN HARI INI ADALAH IMPIAN SEMALAM.
wallahhua'lam.
No comments:
Post a Comment