
Ahad ,04/01/2009 - Presiden Mesir , Husni Mubarak berkata pada hari Khamis bahawa beliau tidak boleh membuka sempadan lintasan Rafah untuk bantuan kemanusiaan tanpa satu persetujuan daripada Israel.
Katanya dalam satu temubual dengan televisyen Mesir pada petang Khamis dan setelah bertemu Perdana Menteri Turki di Sharm Al Sheikh: "Israel bertanggungjawab menjamin keselamatan mereka termasuk kawasan yang diduduki (baca : di jajah) iaitu dari utara ke timur ke selatan termasuk bersama Mesir dan barat iaitu kawasan perairan Gaza. Ini merupakan tanggungjawab Israel."
Beliau juga berkata bahawa lintasan sempadan Rafah akan dibuka untuk kes-kes bantuan kemanusiaan tetapi mereka perlu memaklumkan kepada orang Israel terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menyeludup senjata api dan di salurkan kepada pejuang Palestin untuk menentang rejim Zionis.
Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
Ini dinamakan kebodohan yang besar di kalangan pemimpin arab yang di tebuk hudung oleh musuhnya sendiri, boleh dibuat sesuka hati, dimanakah hilangnya MARUAH. Orang yang menggelarkan pemimpin negara islam tetapi sebenarnya dia adalah musuh yang paling bahaya dan kejam sekali terhadap islam.
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman". (Al-Imran-100)
No comments:
Post a Comment