Friday, January 2, 2009

SAMBUTAN TAHUN BARU YANG MENYEDIHKAN...

Menyambut kedatangan Tahun baru menjadi salah satu perkara yang tidak asing lagi pada umat akhir zaman ini yang mana juga dikatakan generasi “MODEN”. Apa sahaja yang dilakukan oleh golongan Yahudi dan Nasrani, perkara itulah yang akan menjadi ikutan dan kegilaan masyarakat “MODEN” sekarang. Masyarakat seolah-olah menyatakan bahawa segala yang dilakukan dan dibawa oleh masyarakat barat itu adalah merupakan perkara yang patut diikut untuk membolehkan kita dipandang “MODEN” juga...pelbagai sambutan yang tiada asal usulnya dalam islam di bawa masuk di kalangan ummat islam masa kini dengan tujuan untuk meruntuhkan akidah dan juga akhlak ummat islam.

Semalam (1 hb January 2009), Sambutan Tahun Baru, merupakan salah satu sambutan yang di sambut oleh masyarakat barat bahkan sekarang di seluruh dunia dngan cara yang hampir sama. Sama dari segi setiap perkara maksiat yang perlu diadakan untuk membuatkan sambutan tahun baru yang akan disambut Nampak Rial dan Meriah. Sambutan tidak akan meriah jika tiada Arak-Arak, seks bebas dan pasangan-pasangan muda yang sedang hangat bermadu cinta dengan pasangan dan Syaitannya sekali.

Semalam (1 hb January 2009), kami bersama ikhwah (saudara seislam lelaki), diberi peluang untuk bersama-sama melihat dan mendekati masyarakat yang sedang rancak dengan segala persiapan untuk menyambut tahun baru dengan tujuan untuk memberikan peringatan sekadar kami termampu dengan mengedarkan risalah-risalah berbentuk peringatan.

Sesampainya kami di lokasi tempat yang akan kami laksanakan Tanggungjawab, kami merasakan sungguh sedih dan tak tahu nak cakap apa ????, satu suasana yang kalau kita lihat, kita amat sedih...terlalu ramai pasangan-pasangan caupal yang kalau kita lihat, berada dalam keadaaan tiada segan silunya berpegang dan berkempit di sana sini di khalayat ramai yang masing-masing tidak menyedari tanggungjawab untuk sama-sama mencegak kemungkaran. Hati kami berasa lebih sedih lagi dengan mengigatkan saudara-saudara kita di Palestin yang waktu itu sedang bertarung dengan Hudup dan juga Mati. Sedangkan kebanyakan masyarakat di Malaysia bahkan di seluruh dunia sedang berseronok dengan kemaksiatan seolah-olah sedang menyambut dengan gembiranya apa yang telah dilakukan oleh Yahudi ke atas Saudara kita di Palestin. Benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120, moga kita bukan di kalangan manusia yang tergolong dalam golongan yang difirmankan oleh Allah, Allah berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. (Al-Baqarah-120).

Apakah peranan kita yang menyedari tentang hakikat sebenar kehidupan ini?. Banyak lagi kerja yang kita patut lakukan untuk menyedarkan masyarakat...Terlalu banyak untuk dilakukan. Beginilah yang akan berlaku jika kita tidak bersama berganding bahu untuk bersama menyedarkan masyarakat, dan bersama-sama berusaha untuk menegakkan islam sebagai satu cara hidup, kita tidak mungkin akan mengalahkan yahudi dan nasrani laknatullah jika kita tidak bersama-sama mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebenaran iaitu kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah, kerana kita yakin dengan cara mengajak manusia kepada fikrahlah iaitu islam yang sebenarlah akan membolehkan kita melawan dan mengembalikan maruah kita semula seperti yang di firmankan Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 110:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Ya Allah, kekalkan kami dalam agama Mu dan tetapkan iman kami, moga dengan itu dapat kami menjadi di kalangan hamba Mu yang termasuk ummat yang terbaik, yang dilahirkan untuk manusia. Amin Ya Rabbalamin.

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

Apabila kita berdepan dengan kemungkaran, dalam apa bentuk sekali pun, kita boleh bertindak dan memberikan reaksi dalam tiga bentuk. Sama ada kita bertindak mengecam dan mengutuk kemungkaran itu, bertindak mencegah, atau mengubah kemungkaran yang berlaku. Moga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab ini.

“MENYURUH KEPADA KEBENARAN ITU AGAK MUDAH SEDIKIT DAN AGAK RAMAI JUGA ORANG YANG DAPAT MELAKUKANNYA, TAPI MENCEGAH KEMUNGKARAN YANG BERADA DI DEPAN MATA KITA, ADALAH AMAT SUKAR, MOGA KITA DI BERI KEKUATAN UNTUK MELAKUKANNYA”

No comments: