
Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.
"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.
Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
Kita percaya dan yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah SWT akan menolong orang yang menolong Agamanya.Kita juga yakin bahawa Allah SWT akan membantu agama ini dan akan memenangkan Agama ini...tetapi dengan syarat bahawa kita bersungguh-sugguh dalam membantu Agama Allah. ingatlah bahawa di padang mashar nanti Allah SWT pasti akan menanyakan kita tentang apa sumbangan kita untuk membela nasib ummat ini...dan sudah pasti jawapannya adalah apa yang kita lakukan di atas dunia ini, sama ada kita menyumbang ataupun tidak?. dan merugilah orang-orang yang apabila ditanya oleh Allah SWT kelak, dia tiada jawapan untuk itu....Ayuh Bangkitlah wahai jiwa-jiwa kaum muslimin.
No comments:
Post a Comment