
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”(Al-Hadid-20).
Seperti yang di terangkan dalam surah al-hadid ayat 20 tersebut, sesungguhnya kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Setiap hari kita sentiasa diberi ribuan pilihan di tangan kita untuk memilih antara jalan kepada kebaikan atau memilih jalan yang menuju kepada kemurkaan Allah Swt. Hanya ada dua jalan ini sahaja untuk di pilih oleh kita. Dalam buku yang bertajuk ISLAM YANG SEPATUTNYA DI FAHAMI karangan Ali At-Tantawi, memberikan gambarangan tentang dua jalan ini untuk kita lebih Nampak dan jelas tentang perjalanan dan pilihan ini.
Perumpaan ini sentiasa ana ingat dan sentiasa berusaha untuk di sampaikan kepada orang lain, kerana kita mesti sentiasa memahami ke arah mana tujuan dan jalan yang akan kita tempuh dalam kehidupan ini. Dalam perjalanan kehidupan ini, Ali At-Tantawi menggambarkan seperti seorang yang sedang bermusafir. Dalam perjalanan, kita akan berhadapan dengan dua persimpangan. Satu jalan yang sukar, perlu mendaki bukit dan satu lagi mudah dan menuruni ke tanah rata. Jika kita menempuh jalan yang pertama, jalan ini mempunyai kesukaran, bengkang bengkok, batu-batu yang bertaburan, duri-duri dan lubang-lubang yang menyukarkan perjalanan. Tetapi, di hadapannya terdapat papan tanda yang dipancak oleh kerajaan tertulis padanya “ Jalan yang tinggi dan sukar dilalui ini adalah jalan yang betul menuju ke Bandar besar dan tempat tujuan”
Jalan kedua pula rata, di bayangi oleh pohon-pohon yang di penuhi dengan bunga-bunga dan buah-buahan, di kiri dan kanan jalan di sediakan kedai-kedai kopi untuk membasahkan tekak ketika di perjalanan dan di sediakan tempat-tempat hiburan yang menarik hati. Tetapi di sana terpacak papan tanda yang berbunyi “jalan ini adalah berbahaya dan menghancurkan, pada penghujungnya terdapat gaung yang pasti akan menyebabkan kematian dan kemusnahan’. Dan persoalannya bagi kita.
Jalan manakah yang akan kita lalui....?

Nafsu dan Diri kita perlu sentiasa di peringatkan bahawa jalan yang akan kita pilih semestinya jalan yang pertama. Memang susah untuk kita memilih jalan itu, kerana kita mengatahui bahawa jalan menuju kepada Allah adalah jalan yang amat sukar kerana ia bertentangan dengan hawa nafsu kita, apa-apa perkara yang bertentangan dengan hawa nafsu, ia memerlukan pengorbanan dan kesungguhan untuk di tempuh. Apabila kita mengambil keputusan untuk menempuh jalan ini, maka jika terdapat kesukaran dan dugaan di dalam perjalan kehidupan ini, maka... janganlah hairanlah, kerana kita mengatahui bahawa inilah sifat jalan ini, jalan yang panjang dan sukar untuk di tempuhi. Dan akhirnya kita Berdoa kepada Allah SWT untuk mengekalkan kita pada jalan ini dan sentiasa istiqamah serta sabar. BERSUNGGUH LAH KITA MENEMPUH JALAN INI, SEHINGGA KITA KEMBALI BERJUMPA ALLAH DALAM REDHANYA. Wallah hu a’lam.
No comments:
Post a Comment