Tuesday, December 30, 2008

PALESTIN +JIHAD DAN PERANG TABUK


“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (AT-Taubah-40)

Ayat di atas jelas telah menceritakan situasi cemas yang telah berlaku kepada Rasulullah SAW dan saidina Abu Bakar RA ketika sedang besembunyi di dalam Gua Thur apabila mahu berhijrah ke Madinah atas perintah Allah SWT, tetapi asal tujuan ayat ini adalah kepada sekelian para sahabat yang di perintahkan Allah untuk berjihad pada peperangan tabuk, Tahun 9 Hijrah. Di kala itu, umat islam di katakan telah penat akibat peperangan sebelumnya. Sehingga keadaan ini di ketahui musuh (Rom) yang merasa tergugat dengan perkembangan agama islam. Tambahan peperangan kali ini melibatkan satu perjalanan yang sangat jauh iaitu di Tabuk yang jaraknya 14 marhalah atau 692 kilometer. Manakala cuaca musim panas ketika itu menyebabkan ada di kalangan para sahabat yang bersikap malas dan tidak menghiraukan seruan jihad itu.

Bagi Rasulullah SAW pula, walaupun telah berumur 61 tahun, bukanlah satu alasan untuk tidak berjihad. Para sahabat yang mencintainya seperti Saidina Uthman bin Affan RA menyerahka n barang dagagan sebanyak 100 ekor unta yang baru datang dari Syam sebagai modal awal untuk peperangan itu, betapa besar pengorbanan para sahabat, mereka tidak menyanyangi harta benda mereka demi menegakkan kalimah Allah SWT, ditambah lagi dengan para muslimat yang menanggalkan barang-barang perhiasan mereka dari emas dan perak sebagai pengorbanan mereka untuk jihad menegakkan kalimah Allah tinggi melebihi yang lain.

Satu kisah yang cukup terkenal, adalah pengorbanan Abu Bakar RA yang memberikan keseluruhan harta bendanya demi Allah dan RasulNya. Apabila ditanya oleh Rasullulah “ Mengapa kamu berikan semuanya Ya Abu Bakar?, mana lagi yang tinggal untuk Mu”. Lalu abu bakar menjawab “ Yang tinggal untuk ku hanyalah Allah dan RasulNya”. Allah Hu Akhbar. Sungguh besar pengorbanan para sahabat, Kita bagaimana pula?

Di samping orang-orang yang bersemangat untuk berkorban dan berjihad, ada juga terdapat golongan yang bEmalas-malas dan lemah jiwanya untuk berkorban dan berjihad di jalan Allah SWT. Maka turunlah Ayat 40 surah At-Taubah untuk memperlihatkan orang-orang yang lemah imannya dan golongan munafik, di samping memperingatkan umat islam tentang bahanya perpecahan sesame sendiri yang akan membawa kehancuran kepada ummat ini. Allah swt telah menggunakan pendekatan dengan memperingatkan mereka tentang peristiwa hijrah Rasulullah saw bersama Abu Bakar RA yang dijadikan contoh terbaik.

Allah Swt menceritakan situasi di dalam Gua Thur, bagaimana kritikalnya keselamatan baginda dan sahabatNya iaitu Abu Bakar, sehingga Abu Bakar kelihatan sangat dukacita dan bimbang jika terjadi apa-apa yang tidak diingini kepada Baginda, Kata-kata hikmah dari Rasulullah telah memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada saidina Abu Bakar, “ LA TAHZAN, INNALALLAHA MAANA”. Maka hilanglah kegelisahan di hati Abu Bakar dan hadirlah ketenangan.... (janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama Kita). Ayat ini telah memberikan penghormatan yang besar Kepada pengorbanan Abu Bakar.

Sesungguhnya, Contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat itu akan menjadi perangsang kepada kita semua untuk berkorban di jalan Allah. Jihad dan pengorbanan semestinya hidup dalam diri kita semua, kerana dengan pengorbanan dan jihadlah, ummat ini akan terbela.

(Ulasan dari ucapan iman besar masjid negeri Selangor)

1 comment:

Abdul Halim said...

Alhamdullilah, dengan ini sedikit sebanyak dapat membangkitkan hati2 yg sedang tidur dgn panggilan jihad. Bagi ana, ana lebih prefer kpd jihad ekonomi. Lagi2 dlm keadaan malaysia di mana org bukan islam memegang lebih 70% ekuiti negara sedangkan majoriti penduduk malaysia adalah org islam