Tuesday, May 11, 2010

TIPS-TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH...

Assalamualaikum w.b.t kepada sume sahabat dan sahabiah sekalian...

Disini ana ingin berkongsi dengan antum dan antunna sume beberapa tips dalam mendidik anak mengikut cara sunnah...

Antara tips-tips yang dianjurkan adalah :


1- Ketika ibu mengandung, ia haruslah banyak beribadah,membaca al-quran terutama surah-surah seperti  surah Yusuf, Luqman, Yaasin dan Mariam.

2- Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan, memasukkan manisan seperti kurma ke dalam mulutnya, masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, memberi kannama yang baik dan mengadakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.

3- Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.

4- Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.

5- Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.

6- Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.

7- Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:

1. Dengan cara melihat

2. Dengan cara mendengar

3. Dengan cara berfikir

4, Dengan cara bercakap

1 comment:

Abu Akif said...

NI UMMU AKIF YANG TULIS