Monday, February 2, 2009

Turki dan Kebangkitan Islam

Turki Negara dua wajah satu ungkapan yang diberikan bagi menggambarkan tentang apa yang berlaku di sepanjang jalan sejarah terhadap Turki, dua wajah antara islam dan sekular. Daulah Uthmaniyyah di Turki merupakan sebuah daulah yang mencorakkan dunia berabad-abad lamanya serta telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dunia melalui semangat dan ruh serta keadilan islam yang di semai di 2/3 dunia. Kita telah mengatahui melalui sejarah bagaimana khalifah yang begitu kuat dan perkasa dalam memerintah dunia itu telah jatuh dan terjadilah apa yang terjadi sekarang terhadap Negara Turki Umumnya dan terhadap seluruh ummat islam khasnya.

Sikap pemimpin dan rakyat yang Hubbuddunya dan takut mati telah membawa kesan yang amat besar terhadap islam dan ummat islam. Kamal Al-Tartuk, adalah nama yang tidak asing lagi apabila dikatkan dengan Turki, di dunia barat dia dikenali sebagai wira yang telah memodenkan Negara turki dan di hati ummat islam, ia dikenali dengan seorang manusia yang telah banyak membawa keburukan dan kemusnahan Tamadun di Negara Turki dan seluruh dunia islam. Kematiannya di tangisi di dunia barat, tetapi bagi ummat islam, ketiadaan kamal At-Tartuk disyukuri kerena ia adalah pelapor utama yang membawa dan menyebarkan fahaman sekular di Turki sehinggalah Daulah Uthmaniyah jatuh. Setelah kematian Kamal At-Tartuk, bunga-bunga untuk kebangkitan islam telah Nampak kembali di Negara turki. Zaman pemerintahan Kamal At-Tartuk merupakan era kegelapan Islam di Bumi Turki, semasa pemerintahan Kamal. Beberapa perubahan yang besar telah di lakukan dalam rangka untuk memisah Islam di dalam kehidupan masyarakat Turki. Kamal mahu seluruh idiologi barat di hayati dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Antara perubahan yang telah dilakukan untuk menjayakan misi tersebut adalah dengan;

i) Memansuhkan semua organisasi islam.
ii) Pada tahun 1924 institusi Khalifah Uthmaniah telah di mansuhkan.status Islam sebagai agama yang syumul telah di jadikan sebagai agama Ritual sahaja yang tiada mengena dengan kehidupan harian.
iii) Dalam tahun 1925, Tariqat-Tariqat tasawuf turut diharamkan sebagai sebagia bertentangan dengan undang-undang Negara.
iv) Pada tahun 1927, pemakaian songkok oleh lelaki dan tudung oleh kaum wanita telah di haramkan.
v) Tulisan Arab telah digantikan dengan Tulisan Romen bertujuan untuk menjauhkan masyarakat dengan Al-Quran.
vi) Undang –Unadang Ialam telah digantikan dengan undang-undang swiss yang di import dari barat.




Terlalu banyak usaha yang telah di lakukan untuk meminggilkan ummat islam daripada islam yang sebenar sehingga masyarakat melihat islam hanyalah Ritual semata-mata seperti agama yang lain. Setelah kamal At-Tartuk meninggal dunia, program menjauhkan masyarakat dari islam di teruskan oleh kuncu-kuncunya iaitu Ismet Inounu dan di kuatkan lagi dengan pemerintahan tentera yang banyak membantu dalam meneruskan agenda tersebut. Tetapi, hari demi hari, masyarakat Turki menyedari bahawa mereka telah jauh dari islam, dan memahami bahawa kebahagian hidup hanya dapat di perolehi dengan kembalinya kepada islam yang sebenar. Oleh itu, bermulalah lagkah untuk melakukan re-islamisasi terhadap Turki. Antara usaha yang besar di lakukan dan di mulakan oleh Said Nursi telah menguatkan dan menyebarkan dakwah dengan menyebarkan Risalah Risail-i-Nur. Dalam bidang Politik banyak perubahan-perubahan yang telah di lakukan, Najmuddin Erbakan merupakan Professor kejuruteraan di Universiti Istanbul telah mencatatkan seorang politikus Islam yang gigih berjuang untuk mengembalikan semula islam di Turki, beliau telah menubuhkan parti Nasional Salvation Party (NSP), walaupun sambutan terhadat parti NSP tidak hangat di kalangan Rakyat Turki, namun ia dapat mencairkan sedikit demi sedikit idialogi Kamalis.


Muktahir ini, perjuangan untuk mengembalikan semula islam di Turki Diteruskan lagi oleh dua orang Politikus Islam Kebangaan kita iaitu Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul melalui parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Banyak telah dilakaukan untuk mengembalikan semuala islam di bumi Turki, Tayyi Erdogan di kenali oleh masyarakat Turki sebagai ahli politik yang berjiwa mulia dan berjiwa rakyat sehinggakan rakyat melihat apa yang di bawa oleh Erbakan akan membawa banyak perubahan kepada Negara Turki. Erdogan benar-benar akan membawa kembali islam dalam kehidupan masyarakat islam dan memahami bahawa idialogi sikular adalah musuh utama yang menghalang tujuannya:

“ It is not possible to be a secular and a Muslim at the same time. They are continuously saying, "Secularism is in danger." It will be, if this nation demands it. You can not prevent it. The Islamic nation is waiting for the rise of the Muslim Turkish nation. We will. This rebellion will start. „
—Recep Tayyip Erdoğan, Opening ceremony of the RP İstanbul Ümraniye District Organization

Baru-baru ini, kita di kejutkan dengan kewibawaan Erbakan dalam menyelar tindakan Israil menyerang dan membunuh rakyat Palestin di World Economic Forum di Davos. Satu keberanian yang tidak ada ada pemimpin islam sekarang, satu kebanggan buat rakyat Turki dan Negara islam yang lain dan juga satu tamparan yang henat pada dunia barat.





Bersama-sama kita berdoa dan berusaha untuk mengembalikan semula Pemerintahan Khalifah di atas muka bumi ini. Untuk kita semua, perjalanan untuk mengembalikan islam memerintah di atas muka bumi ini adalah bukan perkara yang mustahil, yakinlah bahawa islam akan dimenangkan Allah suatu hari nanti. Pasti dan pasti islam akan menang, tetapi mari kita melihat ke dalam diri kita bahawa sebanyak manakah kita menyumbang untuk menegakkan islam terutama dalam diri kita. Satu perjalanan yang jauh dan memenatkan tetapi jelas hala tujunya…

“Tegakkan islam dalam dirimu, baru islam tertegak di tanah air Mu” (Hassan Hudhaibi)


“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

WALLAH HUA’LAM

No comments: