Lelaki, seperti diterangkan adalah EGO. Ego di sini jangan disalah ertikan sebagai negative, tetapi ego dalam bentuk positif, lelaki ego kerana ia memang dilahirkan sejak bayi lagi bersifat ego. kerana Allah SWT menciptakan lelaki sebagai pemimpin dan perempuan sebagai makhluk yang taat dan memelihara. Dalam perut ibu lagi, lelaki telah menunjukkan keegoannya. Semasa di dalam kandungan, sebelum bayi sampai kepada tahap tertentu. Pada enam minggu pertama, semua bayi adalah di ciptakan dalam keadaan perempuan, perubahan kepada lelaki atau perempuan akan berlaku setelah enam minggu ke atas dengan berlaku perubahan pembesaran yang ke tara atas otak, otak lelaki akan bertambah 10% lebih besar dari perempuan.. tengok di sini, lelaki telah menunjukkan keegoannya. Kepala yang lebih besar ini memberikan kelainan sifat kepada lelaki di dalam mengengdalikan tekanan. Perempuan akan cepat stress berbanding dengan lelaki, kerana kapasiti tekanan yang lebih boleh ditanggung oleh lelaki berbanding perempuan di sebabkan oleh saiz kepala yang lebih besar. Anologinya seperti dalam gambarajah di bawah, jika tekanan dikenakan, belon A dahulu yang lebih cepat penuh, dan jika diberi lebih lagi tekanan maka belon itu akan lebih dahulu pecah

Dari segi kaedah berfikir, cara berfikir lelaki dalah berbeza jika di bandingkan dengan perempuan. Secara ringkas, lelaki dapat berfikir hanya satu perkara sahaja dalam satu-satu masa. jika kita lihat, structure otak, ia di bahagikan kepada dua bahagian. Kedua-dua bahagian ini mempunyai tugas masing-masing untuk berfikir (lihat Gambar), yang menghubungkan kedua-dua otak ini adalah satu saraf yang di panggil corpus calllosum yang bertindak sebagai jambatan untuk mengghubugkan kedua-dua belah otak ini. Saraf ini adalah kecil di dalam otak lelaki walaupun memiliki otak yang besar dan adalah 20 % lebih besar di dalam otak perempuan berbanding dengan lelaki walaupun otak perempuan lebih kecil berbanding lelaki. Dan ini akan memberikan perbezaan yang ketara dalam cara berfikir. Bagi lelaki, dia hanya boleh berfikir dalam satu masa, hanya satu perkara dan penyusunan perkara-perkara di dalam otak lelaki adalah dalam bentuk box, maka apabila ia ingin berbicra tentang makanan. Maka box makanan akan dibuka dan box yang lain akan ditutup. Just satu dalam satu masa. berbeza dengan wanita, di sebabkan oleh saraf corpus calllosum lebih besar, maka perhubungan antara otak kiri dan kanan akan berjlan dengan lebih laju. Maka wanita boleh berbincang dan memikirkan beberapa benda dalam satu-satu masa. setipa isu yang di bincangkan adalah berkaitan antara satu sama lain. Very complex.




(perbezan antara otak wanita dan lelaki)
Satu lagi perkara yang menarik adalah, cara wanita menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan lelaki. Bagi lalaki, ia akan cuba sedaya untuk menyelesaikanmasaalah satu persatu-satu. Selepas perkara atau masalah itu selasai baru dia akan pergi ke masalah seterusnya untuk mencari penyelesaikannya. Setelah semua masalah selesai. Baru perasaan lega akan hadir jika tidak dia kan terus mencari cara untuk meyelesaikannya. Bagi wanita, untuk menyelesaikan masalah yang merungsingkan fikiran adalah cukup dengan meluahkan masalah itu kepada orang yang rapat. Berkongsi dan terus berkongsi, dengan cara tersebut baru ia merasakan lega dan hilang daripada masalah yang melanda. Maka apabila mad’u lelaki menceritakan masalah kepada nakibnya, maka kita tahu bahawa dia sedang mencari jalan penyelesaian dan sepatutnya kita cuba memberi jalan penyelesaian baru dia akan merasa lega. Dan jika mad’u wanita berjumpa dengan nakibahnya mengadu tentang masalah, cukup sekadar menjadi pendengar yang baik dan cuba empaty dengannya, baru mereka merasa lega dan slsai masalah. Banyak lagi perbzaan antara lelaki dan wanita. Tapi ana rasa itu yang penting untuk dikongsi brsama. Bagi yang nak dapat lebih, maka bolehlah menghadirkan diri untuk kursus yang sama next year. Wallahhua’lam.
2 comments:
Bagus-bagus, Pizan. Satu perkongsian yang menarik. Teruskan berkongsi.
Ni dah bersedia dah niiii nampaknya sahabat kita ni
Post a Comment