
Mus'ab Bin Umair satu nama yang begitu harum sekali dikalangan sahabat Rasulullah SAW. Begitu banyak sekali mutiara yang dapat diambil dan dijadikan sebagai ikutan kita dalam rangka meniupkan semangat pembilaan dan perjuangan kita meneruskan dakwah Rasulullah SAW. Semasa zaman Rasulullaah SAW, Mus'ab terkenal sebagai seorang PEMUDA Quraisy yang terkenal dengan ketampanannya dan penuh dengan semangat kepemudaannya, sehingga ada yang mengukirkan Mush'ab sebagai Seorang warga kota Mekah yang mempunyai nama yang paling harum.
Ayuh bersama kita menyelami kisah pemuda hebat ini, peribadi-peribadi islam hasil daripada tempaan Rasulullah SAW, Mush'ab adalah antara sahabat yang sebelum islamnya adalah daripada golongan yang berada dan hidup dalam serba kemewahan dan menjadi buah hati kedua orang tuanya. Hidup dengan penuh kemawahan dan kehebatan.
Kisah keislamannya bermula dengan tersebarnya berita di kalangan warga Mekah menganai Muhammah Al-Amin, sebagi utusan Allah dan dakwahnya terhadap penduduk Mekah. Pada awal dakwah rasullulah, Rasullulah menjalankan misi dakwah ini di rumah Arqam bin Abil Arqam iaitu di bukit safar dimana tempat itu jauh dari gangguan Quraisy, disitulah Rasullulah SAW akan menyampaikan ayat-ayat Allah dan mengajarkan para sahabat tentang hakikat islam. Disitulah juga Mus'ab mendapat hidayah Allah, ayat-ayat Al-Quran telah melembutkan dan mengisi setiap ruang dalam lubuk hatinya sehingga terungkaplah kalimah LAILLAH HA LALLAH MUHAMMADARUSULLUH...iaitu kalimah yang memberikan erti yang sangat besar, kalimah yang memisahkan antara jahilliah dan islam dan merupakan titik kepada perubahan yang MENYELURUH. Dari situ bermulalah cabaran dan rintangan dalam memperjuangkan keyakinanya bersama-sama Rasulullah.
Ibu Mus'ab bernama Khunas binti Malik iaitu seorang yang berperibadi kuat, disegani dan berpendirian tetap. Bagi Mus'ab, tiada yang dikhuatiri selain ibunya sendiri selepas memeluk islam, walau bagaimana hebatnya tentangan yang lain untuk mus'ab meneruskan keyakinannya, mus'ab tidak risau tetapi jika tentangan itu datang dari ibunya, itu adalah tentangan yang besar dan amat merisaukannya, dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan dahulu keislamannya sehingga datang ketentuan dari Allah SWT, dalam masa yang sama dia meneruskan aktiviti memahami islam bersama Rasulullah. tetapi keadaan penrahsiaan itu tidak lama kerana dibongkarkan oleh Usman bin Thalhah yang mengatahui aktiviti yang dilakukan oleh Mus'ab. Berita tentang keislaman Mus'ab sampai ke pengatahuan ibunya yang tercinta. Maka dengan kekerasan hati ibunya, Mus'ab dipanggil untuk menerima akibat daripada tidakannya itu, tetapi dengan keyakinan, ketakwaan dan keimanan yng mendalam dia mengadap ibunya. tetapi kerana rasa keibuannya, ibunda Mush'ab terhindar daripada memukul Mush'ab tetapi mush'ab telah dipenjarakan.
Setelah beberapa lama dipenjarakan, Mus'ab mendengar berita bahawa ada muslimin berhijrah ke habsyah, dengan beberapa helah dia mendapat peluang untuk melepaskan diri dari penjara dan mengikut kaum muslimin berhijrah ke Habsyah. setelah beberapa lama tinggal di Habsyah dan menjalankan misi dakwah di sana, dia dan para Muhajirin pulang kembali ke Mekah. Penderitaan dan cabaran yang di hadapi oleh Mush'ab adalah lebih kurang sama sahaja samada di Mekah ataupun Habshyah. Daripada seorang yang kaya raya, tetapi setelah memeluk islam...Mus'ab yang sekarang adalah amat berbeza. Apabila Mus'ab berada bersama-sama sahabat, para sahabat yang ada akan berlinangan air mata apabila melihat keadaan Mus'ab sekarang, dengan melihat Mush'ab yang memakai Jubah usang yang bertampal-tampal, hati mereka sedih, padahal sebelum ini, pakaian Mus'ab sebelum masuk islam penuh dengan kemegahan dan kemewahan, minyak wanginya mahal sehinggakan apabila Mus'ab melalaui sesuatu kawasan, orang dapat mengenalinya dengan wangian itu. Begitulah kekuaatan peribadi yang ditempa oleh Rasullulah, sehingga sanggup meninggalkan dunia demi kebenaran yang dipejuangkan. Sehingga Rasul pernah bersabda " Dahulu saya melihat Mus'ab ini tak ada yang mengimbangi dalam memperoleh kesenangan dari orang tuanya, kemudian ditinggalkannya semua itu demi cintanya kepada Allah dan Rasulnya".Dalam memperjuangkan kebenaran, Mus'ab sanggup melepaskan apa yang dicintainya jika itu adalah penghalang kepada jalan Allah dan RasulNya, begitulah yang dilakukan apabila ibunya sendiri mengeluarkan kalimah "Pergilah sesuka hatimu! AKU BUKAN IBUMU LAGI", apakah dengan kecintaan seorang anak dia sanggup menerimanya. Tapi bagi Mus'ab, tiada yang yang lebih besar daripada Allah dan RasulNya. Bagaimana dengan kita, sanggupkah kita meninggalkan segala apa yang kita miliki demi Allah dan RasulNya. Seperti firman Allah dalam surah At-Taubah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapak-bapakmu dan saudara-saudaramu sebagai pelindung. Jika mereka lebih menyukai kekafiran daripada keimanan. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pelindung, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
“ Katakanlah, “jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-sadara, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagagan yang kamu khuatirkan rugi dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya., maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (AT-Taubah 23 dan 24)
“ Katakanlah, “jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-sadara, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagagan yang kamu khuatirkan rugi dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya., maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (AT-Taubah 23 dan 24)
Begitulah Allah nukilkan di dalam Al-Quran untuk panduan dan peringatan kepada kita semua. Kita sambung semuala kisah Mus’ab, satu ketika Mus’ab telah dipilih oleh Rasullulah SAW untuk menjadi duta Rasullulah untuk menyampaikan Dakwah islam ke madinah, ia menjadi duta untuk menyampaikan dan memahamkan penduduk Madinah yang baru berbaiah dengan Rasulllah di bukit Aqabah. Anta misi lain Mus’ab adalah untuk mempersiapkan kota Madinah untuk menyambut hijratul Rasul sebagai peristiwa yang besar. Kita lihat kembali ciri-ciri dan peribadi Mus’ab yang patut di contohi serta dimiliki oleh setiap perkerja-pekerja dakwah, Mus’ab memikul beban dakwah itu dengan bekal kurniaan Allah berupa pemikiran yang cerdas, berbudi luhur, zuhud, kejujuran dan sesungguhan hati, ia berupaya untuk mengajak penduduk Madinah kepada islam. Lihatlah kesungguhan Mus’ab dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Madinah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.
Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.
Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:
Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.
Bagi kita sangat banyak lagi pengajaran yang boleh diambil daripada perjalanan hidup sahabat nabi ini... ini adalah sebahagian daripada perjalan hidup Mus’ab yang dapat dinukilkan, diharap para pembaca dapat meneruskan pembacaan tentang kisah Mus’ab di dalam buku yang lain untuk menjadi contoh kepada kita semua dalam melayari Bahtera kehidupan sebagai petugas-petugas islam.
No comments:
Post a Comment