Monday, December 22, 2008

Bagaimana Cara saya Hidup untuk islam...satu REFRESHMENT.

Apabila kita membuka kembali buku Apa ertinya saya menganut islam? karangan Ust Fathi Yakan, ana merasakan isi yang tekandung di dalam buku ini amat perlu kita selalu mengigati dan beramal dengannya, kadang-kadang kita merasakan diri kita sudah teralu hebat, kerana di dalam halakah-halakah yang kita sedang ikuti, kita membincangkan tentang buku-buku yang lebih hebat dan berat isi kandungannya, kita merasakan tidak perlu kembali membaca dan memahami isi kandungan buku-buku yang pernah kita kaji dan baca dahulu...masa kita mula-mula mengenal terbiah ini.
Bagi ana, apabila nakib mengigatkan kembali tentang isi-isi yang terkandung di dalam buku ini, ana merasak
an terlalu banyak lagi yang ana tidak laksanakan dalam kehidupan ini, walaupun...kebanyakan daripada isi-isi yang dibentangkan pernah di dengar dan dibaca. merasakan diri ini malu sangat untuk menjadi di kalangan orang-orang ingin menyerah hidupnya untuk islam, kerana banyak lagi yang tak teramal walaupun tahu. Peluang menulis ini diambil untuk mengigatkan diri ini dan sahabat sekelian tetang apa yang perlu kita lakukan apabila kita menyatakan bahawa kita ingin hidup untuk islam, seperti mana yang di terangkan oleh ust Fathi Yakan. Bagi yang ingin hidup dijalan islam dan berkorban untuknya...

Yang pe
rtama, kita mestilah mengatahui bahawa tujuan hidup seorang muslim adalah untuk menghambakan diri kepada Allah SWT. kita selalu dan Mesti mengigati ayat Allah dalam surah Az-Dzaariyat:56 yang berbunyi " Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada -Ku". Bagi kita, apa yang kita lakukan, yang pertama dan yang terakhir adalah untuk beribadah kepada Allah SWT...Bukan untuk selain daripada nya, bukan untuk kepentigan Dunia kita.

Yang kedua, kita mestilah mengatahui, nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat. Bagi kita, perkara ini amat penting di ingat dan di muhasabah sentiasa, kadang-kadang jiwa kita sangat cenderung kepada dunia dan periuk nasi kita, kita merasakan dunia ini lebih benilai daripada akhirat, sehinggakan tugas-tugas kita sebagai hamba kepada tuannya terabai. Perkara ini amat sukar kalau kita tidak mengatahui nilai dunia berbanding akhirat. Allah menyatakan dalam surah AT-ATubah:38 "Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kahidupan akhirat, padahal kehidupan dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanyalah sedikit'. Ya ALLAH, jangan kau letakkan dunia di hati kami, tetapi letakakan dunia di tangan kami, semoga mudah kami memberi untuk menegakkan agamamu.

Yang ke tiga, orang yang ingin hidup untuk islam haruslah sentiasa sedar bahawa MAUT itu satu perkara yang pasti dan sentiasa mengambil pelajaran daripadanya. Nabi pernah bersabda " Banyakakn mengigat perkara (mati) yang menghancurkaan kelazatan dan memecahkan jamaah". Allah...Beratnya.


Yang ke empat, orang yag ingin hidup untuk islam haruslahmemahami dan mendalami hukum hakam islam, dasar-dasar islam dan halal-haram dalam islam. bagi ana, perkara ini terlalu penting untuk kita selalu mempertingkatkan ilmu kita, sentiasa mencari ilmu peluang unutk mempertingkatkan pengatahuan kita, walaupun tidak mencapai tahap ustad-ustad tapi apabila kita ditanyakan tentang islam, kita dapat menyatakan dengan hujah-hujah yang kukuh dan yakin dan menggambarkan, kita benar-banar faham dan yakin tentang apa yang kita yakini dan hidup kerananya.

Yang terakhir, sepertimana yang diperingatkan oleh ust fathi yakan, kita mestilah megatahui hakikat Islam dan juga Jahilliah, untuk mudah kita memahami selok belok dan tipu muslihat pihak musuh, dan dapat membezakan perkara-perkara yang datang dari islam atau pun dari pihak-pihak kuffur, sangat banyak tipu muslihat pihak-kafir untuk menyesatkan ummat islam, maka untuk kita hidup untuk islam, kita mesti mengatahui kedua-dua hakikat ini.
Perkara yang di atas sudah cukup untuk kita dalam membekali diri menempuh perjalanan yang pnjang ini, perlu sentiasa di ingat dan di amalkan. Ahirnya, ingatlah kata-kata Rabi' bin Amir ketika behadapan dengan pembesar di hahbsyah yang memberikan gambaran yang amat jelas tentang tujuan hidupnya, moga Allah SWT mudahkan kita untuk kita memiliki tujuan yang sama seperti Beliau. kata-kata nya...

"Kami datang untuk membawa kamu kepada penghambaan manusia sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah SWT, dan membebaskan kamu dari kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat serta membebaskan kezaliman sistem-sistem yang lain kepada keadilan islam"

No comments: